Thursday, April 2, 2015

Sambungan ajar anak potty training.......




Sekali lagi aku share pasal potty training nih. Masa nana dulu agak sukar jugak than abang dia. Manja lebih.hikhikhik.Antara yang aku buat: 


  • First two week, aku ajar tak pakai pampers waktu siang jer dulu. Malam aku still pakai kan. Dalam pada tu, make sure kita selalu ingatkan diorang kalau nak kencing or buang air besar, bagitau. Dalam pada duk ingat2 tu, si kakak beberapa kali jugak la terlepas. huhuhu. jenuh la mama mencuci.
  • Sebelum tido, termasuk la tido siang, kita bawak dulu ke toilet. Especially lepas diorang minum susu. Tapi kalau dah tertido dulu, mama slow2 pakaikan jugak la pampers, sian pulak nak ngejut.Tu untuk awal2 je tau.
  • If travel, mula2 aku pakai kan juga siang. Reason sama, kadang2 diorang tido. kesian pulak nak kejut. Tapi bila dekat rumah agak2 diorang da pandai cakap nak gi toilet, lebih kurang dua tiga minggu jugak la, dah boleh tak pakai. Make sure kerap berhenti di RnR untuk singgah toilet.
  • Jangan tunggu anak yang minta gi toilet. Kita yang selalu kena tanya. If dia tak minta pun, agak2 da lama tak gi toilet, kita bawak jugak ke toilet. Alamatnya kalau tunggu, takut 'tercicir' tengah jalan b4 sampai toilet.
  • Lagi satu, kita as ibu atau penjaga, kita akan perasan macam mana sign if anak2 kita nak buang air besar. Yang aku perasan la kan, budak2 nih akan menyorok, duduk senyap2 tepi dinding, kadang2 terdiam macam nak meneran, apa lagi, cepat la kejarkan ke toilet b4 diorang buang dalam pampers. Hal ni untuk bagi diorang rasa tak selesa if diorang terlepas dalam pampers. Rasa geli, then automatic akan minta gi toilet. Masa ajar kakak nana dulu, automatik adiknya si yaya ikut. Since da pandai cakap, dia akan cakap nak yak or sakit perut. So, tau la nak yak. Tapi nak kencing belum bagitau lagi. Dalam proses nak ajar juga nih.
  • Contoh kat atas tu potty yang aku guna dari awal sampai sekarang. Aku da siap2 beli sampai 3 tau. (spare untuk masuk rumah baru nanti). eheh
  • Dapatkan kerjasama dari papa or pengasuh tau. Sometime, time anak2 nak membuang, time tu kita tengah solat, or keluar  ker. Ingatkan papa diorang tau. If jenis yang malas, time kita takde, diorang pakaikan balik budak2 pampers. Make sure tu. Kat rumah pengasuh pun aku siap2 letakkan satu. So, diorang da tau kalau ke toilet nak buang air besar, automatik letakkan potty nih atas toilet bowl.(Aku suka yang jenis macam nih, senang letak atas toilet bowl jer, if tak nak guna, juz fold then letak je kat tepi. Suggest sangat. Boleh gugel dalam internet. Banyak jual online.
Lagi satu nak share, ini baru aku beli, Waterproof mattress protector. Kalau la perasan benda ni awal2 takde la bertompok2 tilam aku. Kesan kencing la, kesan air susu la. Almaklum ler, minum susu coklat. huhuhu.


  • Ada macam2 saiz. Actually kat bawah getah, Tapi aku lebih suka bentangkan yang getah tu kat atas. Means dekat belah atas tu getah then lapik dengan cadar. So in case air tumpah ke apa, kita just basuh cadar. Lapik tu kita just lap. Senang kan. Sapa2 nak beli bole try tengok di Fb:Aula Shield. Macam aku beli size queen, harga kalau tak silap seratus lebih termasuk postage.
******Dalam proses ajar anak potty nih, memang agak menguji kesabaran. Kita jangan la terlalu marah kan sangat anak2 tu. Pernah terjadi kat aku then aku realize. Marah macam tu akan buatkan anak2 takut dan risau terbuang lagi dalam seluar atau lantai, then akan dimarah. Ni akan buatkan diorang menangis2 minta nak pakai balik pampers. Since then, aku mula kurangkan marah2. Istighfar banyak2. Kadang2 tengah penat, cepatnya je nak marah kan. Peranan suami juga penting agar boleh sama2 membantu. Insyaallah, lepas ni time utk ajar adiknya yaya pula :-)

Thursday, August 21, 2014

Hari Berkabung Negara



Sayu je aku tengok upacara ketibaan jenazah mangsa nahas MH17.siapa pun tak menyangka akan pergi dalam nahas seperti mh17 yg dipercayai ditembak. Tak boleh nak bayangkan keadaan mangsa masa tau kapal terbang akan terhampas masa tu. Hish.... Sedeynyer...sesungguhnya kita semua akan kembali kepada Nya. Takziah untuk semua keluarga mangsa :-(

Thursday, July 17, 2014

jualan gudang permanis


Saja share iklan jualan gudang ni.kut sapa- sapa nak pergi. Berbaloi jugak.tambah-tambah nak raya ni, ramai le orang me sana nanti. Laki aku ngan adik ipar aku pun nak pergi katanyer. Wat stok raya campur rumah jugak. Udah memang selalu beli pun kan. Dapat le jimat sket. If sapa- sapa nak pergi, detail tengok kat iklan tu

frozen punye pasal


Penangan cerita frozen. Asek duk mintak beli baju frozen.usha-usha dalam group baby and kids ada pulak. Grab satu. Tadi beria-ria le si Ariana duk menanya bila pakcik posmen nak datang. Sekali bunyi loceng, berdesup lari nak bukak pintu. Punye gelojoh nak kan baju ni.comei ek.kalau aku kecik pun confirm aku pun nak. Eheheh ;-)

Saturday, June 28, 2014



Oleh kerana skarang musim piala dunia, ucapan posa pun tema bola. Diucapkan selamat berpuasa. Semoga dapat kita jalani ibadah puasa ni dengan jayanya. Insyaallah

Thursday, June 26, 2014

warehouse sale barangan baby

Bulan ni banyak pulak la warehouse sale. Excited jer dengarnyer.Ada je rasa nak beli benda. Tapi berpada2 juga ler. Ada duit pergi,kalu tengah kering, tunggu next le jawabnyer. Yang ni tak tau lagi pegi tidak, tapi aku share la info
My dear warehouse sales. OK la.based on yang aku pegi lepas2,harga ok la.murah than kita beli barangan my dear kat luar.ni address kut sapa nak pegi.

 No. 34, Jalan Meranti Jaya 10,
 Meranti Jaya Industrial Park, 
 47120 Puchong

                     
 Ni baby kiko. Aku tengok dalam every day on sales.aku tak pernah pergi lagi. So, tak le komen. Address ada kat iklan tu.

Ni pulak warehouse OKBB. Yang ni pun aku tak pernah pergi lagi. Macam nak pergi. Tengok la nanti. Kena tanya big bos dulu. Rase macam tak dapek jer. Huhuhu.kepada sesapa nak pergi, jaga anak2.maklum la tempat ramai orang. Tak lupa jaga duit jugak. Ingat tak lama nak raya. Banyak nak pakai duit (ingatan untuk aku sebenarnya) hikhikhik. Kalu bershopping kadang tak sedar. Jangan main swap card jer. Nak raya, nak shopping lagi. Ingat tu.....  ;-)

Monday, June 23, 2014

birthday yang lepas

Walaupun dah lama lepas, 7 mei hari tu, sekarang baru teringat nak post.Bukan apa, since sudah beberapa tahun kawen, ni la 1st time laki aku belikan kek.besa wish dengan bagi hadiah jer. Tak romantiknye laki aku kan.huhuhu.celebrate dekat rumah achunye je udah kebetulan pak mak mentua ada stay situ.thanks ye achu ngan paksunye untuk pizza.


Perasan tak ada tulis I  love u tu?kata laki aku si Mikhail yang suruh tulis. Kan kan nampak kan. Bukannyer laki aku yang suh tulis. Hish hish. Nasib le dapat laki tak romantik. Eleh, dier memang suka control macho. Malu nak suh budak kedai tu tulis lettew.Ahaks. Takpe papa, belajar slow2 Aku rase kan,mesti anak aku si Mikhail tu besar nanti jadi seorang yang romantik. Wat ever la son. Asal tau tatasusila sudah. Hmm nasib kek sedap. Good choice.