Sunday, April 13, 2014

Elak anak degil

Hari ni terbaca posting dari Prof Dr Rozieta Shaary tentang perkara elak anak degil.Tersentuh pulak aku bila baca coz memang ada kena mengena batang hidung sendiri. Better ibu dan bapa baca pasal nih. Yelah, tugas besarkan dan didik anak2 bukan hanya terletak di bahu salah seorang saja kan. Kat bawah aku share apa yang prof tu tulis. Thanks prof atas perkongsian ni. Kepada sapa2 nak dapatkan lagi banyak info menarik tentang mendidik anak2 atau tentang keluarga, boleh pergi ke page prof yer. Boleh tanya jika ada apa2 kemusykilan kat prof nih. 

Perkara elak anak degil....

Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila seseorang tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.

Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu? Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya membina PERHUBUNGAN rapat atau 'rapport'. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan;'Resistance is an indication of a lack of rapport'(Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat,rapport.

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat dengan anak terjejas?

Namun prof beri 9 perkara besar: 

1.Hati anak selalui dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik perasaannya dibiarkan. Bila marah tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'closed heart'. Ini banyak berlaku kepada remaja.

2. Bergaduh suami isteri di hadapan anak sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3.Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4.Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5.Tidak mendengar apakah pendapat anak itu.

6.TERLAMPAU mengikut kehendak anak sehinggakan anak menjadi tuan.

7. Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.

8.Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa.

9.Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa.

Ingatkah kuncinya ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.


Friday, April 11, 2014

birthday mikhail

Sepatutnyer bday ail 17 mac hr tuh.Tp xsmpt nak buat. Kire buat belated bday lar.Buat kt preskool jer.Kt smart reader tu la.Juz beli kek, n kudap2 then aku goreng keropok ngn chicken ball jer. Bg la goodies bag kt bdk2 sket.Tu jer.xde la nak masak2 bihun ke ape semua.Simple.Tp tang topeng ngn main tiup2 tu, si ail nak.Belikan je la.Nasib ada DIY kt jusco.Ble2 nnt nak celebrate party pape, nak beli kt situ jer.Mcm2 ada.ehehh....

time ni teacher duk bg topeng kt bdk2.tu yg kecik pki bj minnie pun join.smpt tgk camera lg yaya nih

 yg sorang lg  ni pun bj minnie jugak.sibuk nak join abg.ikutkan dier mntk nak pki bj skool abg.cian xsabar nak skolah dah

 peace yo

 kemain lama duk pilih theme kek.at last minion jugak yg ail nak.beli kt bakers cottage.ok la.bdk suke

 we are 3 siblings

 pose from yaya.tu gaya nak wat peace 

 5 candles, 5 years old

 mama tlg potong kek.ape la papa tgkp gamba xnpmk muka mama.xdpt ndk interframe.kuikuikui
 xsabar nak mkn.rase sket dulu

teacher tlg agih2 kan.mama da penat.jdk pemerhati jer.huhuhu

Monday, April 7, 2014

big bad box sale

weehuu...dpat jugak  aku pergi big bad box sale baru2 nih. Nasib ada adik aku si Putra. Ajk dier teman aka tukang angkat box. Hubby aku mntk tlg ank2 kt umah. Lgppun dier xbpbole nak angkat berat mana lg. Bahu patah hr tu still blum recover lg. Aku amek box yg besar punye.RM99.90. Aku isi sepadat2 alam lar. Tu mula2 bro yg tukang seal tu xbg coz tlalu padat.2 kali jugak aku adjust.Then aku suh bdk lain yg sealkan.Nasib bdk tu x cerewet sgt.Beli buku utk bdk2 je byk.Aku kira2 total lbh kurang dkt RM270. Kira oksgt le kan coz juz byr harga kotak RM99.90.Blk tu kemain sronok ank2 aku tgk blambak2 buku diarg.hehehe.Ariana siap ckp 'thank you mama'.then hug.Cik kak tu bab blakon bg je la kt dier.Ni dlm proses duk mbaca kan citer2 nih kt diarg.Hai, jenuh mak ko