Thursday, March 27, 2014

sedih dengan berita terbaru MH370


Sesungguhnya kejadian yang ,melibatkan kapal terbang MH370 ni banyak memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga mangsa, malah kepada negara kita juga. Banyak spekulasi yang timbul. Berita2 dari luar negara pulak seolah2 nak melabelkan pilot kita macam pengganas. Tempias ni for sure kena pada orang Islam. Lebih2 lagi sejak peristiwa 9/11. Banyak lagi cerita aku dengar, but better baca dari blogger2 lain yang lebih petah berbicara.Kat gugel, bole tengok macam2 isu dan pendapat tentang kejadian ni. Ni kata2 PM masa sidang akhbar yang meruntun hati semua yang menunggu beria tentang kejadian nih:-

NajibRazak: "With deep sadness and regret, I must inform you that according to this new data, flight #MH370 ended in the Southern Indian Ocean." Allahuakbar...Takziah & Alfatihah......

Sedey ko. Walau penumpang yang terlibat tu bukannya ada kena mengena dengan aku, kesedihan tu aku rasa jugak. Bahkan seluruh rakyat Malaysia pun ikut bersedih. Ni lagi luahan yang buatkan mata aku nih macam kene bawang jer. Laju je air mengalir kat mata aku nih.Kalau dengar sekali apa yang wife dia cakap dalam berita, lagi sedey.Waa....Ni sikit petikan aku upload


-Luahan sedih dari isteri kepada suaminya pramugara pesawat MH370-

-Isteri kepada Hazrin Hasnan, Pramugara dalam pesawat MH370 redha dengan ketentuan ilahi sebaik sahaja menerima pengumuman tragedi malang menimpa pesawat itu oleh Perdana Menteri pada 10 malam isnin lalu.
-Melalui akaun instagram, Intan Maizura Othman sempat meluahkan kedukaan yang dialaminya. Beliau mengatakan bahawa Tuhan lebih menyayangi suaminya. Walaupun dalam keadaan terkejut apabila menerima perkhabaran buruk itu, beliau akur dengan pemergian suaminya itu. Luahan hati beliau:

No comments:

Post a Comment